Tuesday, March 24, 2009

Salam semua,

Di sini ingin saya kongsi beberapa pertanyaan yang sering berlegar di kepala yang serabut ini setiap hari..

1) Apakah dosa yang telah ku lakukan pada hari ini?
2) Berapa banyakkah jumlah dosa yang telah ku lakukan pada hari ini?
3) Berapa kali perlu ku pohon ampun daripada Allah untuk semua dosaku ini?
4) Adakah hari ini lebih baik daripada semalam?
5) Bagaimanakah pula dengan hari esok?
6) Apakah Allah akan mengampunkan dosa-dosaku ini?

Di kala hati dalam kerisauan, saya terbaca beberapa ayat mengenai kebesaran Allah SWT.. Maka serta merta hati ini menjadi sayu..

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Allah Ta'ala berfirman:
Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu.
Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi. (Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi).

Allah Ta'ala tak pernah jemu mengampunkan dosa hambaNYA.
Persoalannya, adakah kita selaku hambaNYA yang banyak berdosa ini pernah rasa jemu atau lupa dalam memohon keampunan Allah? Atau kita hanya memohon keampunan ketika solat 5 waktu sahaja?

Sama-samalah kita perbanyakkan istighfar dengan harapan dosa yang kita lakukan setiap hari akan terhapus dan diampun oleh Allah. Insyaallah.

Maha Suci Allah tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Pesanan buat rakan-rakan sekalian:
Sesungguhnya sebaik2 teman itu adalah teman yg sering mengingatkan, samada di dalam sukar mahupun senang. Teman yg terbaik juga adalah teman yg sentiasa mentarbiahkan diri & sahabatnya kpd ALLAH. Wahai sahabat, sesungguhnya diri ini hanyalah insan yg lemah. Ingatkan daku tikaku leka, tenangkanlahku tika aku bersedih, pujuklah daku tika aku hampir berputus asa dengan tarbiah2 & janji2 syurga ALLAH agar kita dapat bersama menuju ke syurgaNYA. Amin.....

Imam Syafie pernah berkata:
"Ku mencintai sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah seiring dgnku & menjaga nama baikku ketika aku hidup @ selepas aku mati. hulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan krn aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tidak luntur baiknya dlm suka & duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya....."

Sekian, Wassalam

002 - SIX REYES

No comments: