Dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (6:165)
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".(2:30)
Allah lah yg telah mengangkat martabat manusia di dunia ini. Kita dari hamba yg lemah lg hina diangkat menjadi khalifah iaitu pemimpin di dunia ini. Dan Allah tlh mengurniakan rezeki dan berbagai nikmat utk kite laksanakan tanggungjawab kite. Tp kalo kite lihat realiti skunk, dimanakah rezeki yg Allah kurniakan kpd kite digunakan? Kemane kah kite gunakan nikmat2 Allah itu? Di manekah tenaga2 pemuda Islam yg sepatutnye menjadi puncak pembangunan ummah? Renung-renungkan....
KEMANA REZEKI PARA PEMUDA KITE PERGI??
Apekah sebenarnye tugas kite sebagai khalifah ni? Kite sering dikecilkan degan tugas khalifah ni setakat menguruskan dunia, menjage bahan2 asli dunia, dan mengelakkn kerosakn di dunia. Tp secara spesifik nye, mengikut Imam al-Ghazali tanggungjawab khalifah ade 2 iaitu "iqqamatuddin wa siasatuddunia" atau maksudnye mendirikan agama dan menguruskan dunia. Jadi bagi mereka yg memahami tanggungjawab khalifah ni harus sedar bahawa tugas mendirikan agama jatuh atas setiap manusia maka secara automatiknye berdakwah itu juge tanggungjawab kite. Jadi "iqqamatuddin wa siasatuddunia" hanya tercapai bile kite melakukan dakwah.
Refleks la pade diri kite. kerana kite dicipta Allah bukan utk berseronok atau bersenag-lenang. Kite ade tujuan yg jelas yg bleh kite jalankan. Namun, bikankah Allah Maha adil dan Maha mengasihani itu telah kurnikan kite dgn pelbagai rezeki dan nikmat. Tp mne kesemua itu pergi?? Tup tap tup tap.... sedar2 duit da xde....mne perginye sume itu????
Lihatlah realiti pemuda kita, kemanakh mereka menyalurkan rezeki mereka dan kemanakah mase2 mereka dihabiskan?? Jika ditanye pasti mudah jawapan nye, utk memuaskan nafsu dan supeya mereka jadik up-to-date.
Tidak hairan kalo pemuda2 menggunakan wang yg mereka terima utk membeli computer baru supaya mereka dapat menghabiskan mase nerjam-jam di depan skrin comptr semata-mata utk menonton cite korea, maen game, chatting dan melayari laman2 web hiburan. Bkn ana nk kate beli comptr tu x bleh, jst pandai2 la nk gunakan....kalo ade mse leh la bace artikel2 islamic ke or layari laman web2 yg bermanfaat. Bape lame mereka mengahadap muke ke skrin yg x memberi makna kpd penciptaan kita. Bahkn mase yg ade 2 x plak digunakan utk ke ceramah2 agama yg hnye 30 minit shje dan kalo dibanddingkan hanye 1/4 dari mase sebuah movie or cite.
Juga kalo kite lihat budaya membaca komik, mangga or majalah hiburan da menjadi trend pde zaman skunk. Sape yg x kenal dgn majalah Mangga yg kalo dilihat sering melekat kat pemuda2 skunk. Tanpa disedari mereka bleh habiskan satu2 majalh dlam mase yg singkat shj or maybe x sampai dlm satu hari. Tetapi sungguh berat bagi mereka utk membaca Al-Quran walaupun sehelai sekalipun. Tidak keterlaluan kalo dikatakan ramai pemuda2 skunk tak memiliki Al-Quran langsung. Nauzubillah...
Kalo dilihat juga x sedikit wang yg dilimpahkan dalam memiliki handpone yg canggih, pakaian yg paling trendy dan juga aksesori2 yg inotive lg moden. Namun mengapakah utk menderma senayak RM2 dlam tabung amal dan tabung2 masjid menjadi sgat susah? Megapa mereka sangat peka dlm memperbaharui aksesori2 mereka tapi tidak lansung peduli utk memperbaharui iman dan meningkatkan ilmu agama mereka?
Banyak juga dikalangan pemuda skunk yg apabila berfikir keluarlah angan2 ttg awek mane yg bakal di'tackle" selepas ni, apakah movie yg nk ditonton selepas ni, macam mane nk dapatkan duit utk menbeli handpone baru da macam2 lagi. Ternyata tiada mase utk mereka berfikir ttg megapa mereka dijadikan, macam mane nk dalamkn ilmu agama, bagaimane nk tangani masalh isu sosial skunk dan bagamaina nk naikan semula ISLAM?? Hanyut, mereka terlau hanyut ditelan arus duniawi.
Jadi inikah ciri2 Khalifah yg disarankan oleh Allah SWT, dengan gaya hidup beginikh mereka ingin menjadi ahli syurga? Sesungguhnye syurga Allah bukanlah mudah utk diperolehi. Kita perlu kepada usha yg banyak da kite perlu tunaikan segala amanat dan tanggunjawab yg telah diberikan kpd kite oleh Allah. Namun ketahuilah bhw Allah itu Maha penyayang da Maha pengasih kerana Dia telah kurniakan kita penagguhan di dunia dan segala balasan di akhirat kelak.
Rata-rata sikap pemuda skrang yg begini menyebabkan Islam sukar utk bangkit dan tidak mampu menerajui dunia, "iqqamatuddin" tidak dilaksanakan "siasatuddunia" tentulah jauh panggang dari api. Islam hanyelah sebagai hiasan pade kad pengenalan mereka dan sebagai ritual sampingan mengikut hawa nafsu mereka, tanpa sebarang keterikatan kepada Islam dan konsep Islam itu syumul juga tidak difahami. Islam hanya diambil dari segi solat, puasa, zakat, dan haji yg kadang2 juga dilupai.
Jadi sudah menjadi tanggungjawab para2 daie' yg telah sedia ade utk menyebarkan dakwah dan menarik semula generasi pemudayang kian lame hanyut dalam arus kejahilan. Ayuh! Ya Ayyuhal Mudathir, kum fa’anzir!