Monday, March 7, 2011

26

Dari Abu Hurayrah radiyallahu anh katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W: Tiap-tiap anggota daripada manusia sadaqah atasnya pada tiap-tiap hari terbit padanya matahari. Engkau berlaku adil antara dua orang yang berbalah-adalah menjadi sadaqah, dan engkau menolong lelaki yang berangkat naik ke atas binatangnya (kenderaannya) atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barangnya ke atasnya adalah menjadi sadaqah, dan perkataan yang baik itu sadaqah, dan tiap-tiap langkah yang engkau membuang bahaya dari jalan juga menjadi sadaqah. Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim.

Friday, March 4, 2011

zahid(bukan nama org) @zuhud


Zahid pada dunia..dikasihi Allah
Ulama Islam terutama dari golongan ahli tasawwuf telah lama memperkatakan pengertian & tafsiran zahid, banyak rumusan dan takrif yang bermacam-macam telah ditetapkan oleh mereka, antaranya:
1. benci dunia dan berpaling daripadanya
2. meninggalkan kesenangan dunia kerana kesenangan akhirat
3. Kosong hati daripada suatu yang dikosong oleh tangan(yang tiada di tangan)
4. hindarkan duka atas yang tiada, dan menghilangkan gembira dengan yang ada-ada.

Agak susah nak faham perkara-perkara di atas, tetapi antara banyak2 takrifan ada satu yang dipersetujui ulama' dan ini dianggap takrifan yang paling best atau bagus.Takrif ini diberikan dalam dua pengertian oleh Ibn al-Qayyim.

Yang pertama;
Zahid itu adalah kosong hati dari dunia bukan kosong tangan daripadanya.

Yang kedua;
Zahid itu ialah kosong sama sekali dari suatu sama ada dari dunia mahupun dari syurga di akhirat kelak kecuali hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Tafsiran Imam Ghazali dari pengertian zahid iaitu" Bukanlah orang yang zahid itu orang yang tiada berharta. Tetapi orang yang zahid itu adalah orang yang tidak dibimbangkan oleh hartanya sekalipun harta seluruh alam ini kepunyaannya belaka."

Sayidina Ali pun pernah berkata berkaitan perkara ini iaitu;"Kalau seorang lelaki mengambil sekelian apa yang ada dipermukaan bumi ini dengan maksud semata-mata kerana Allah, maka bukan ia dari orang yang gemarkan dunia."

Hadith Rasulullah yang berkisar tentang zahid: " Bukanlah zahid pada dunia dengan mengharamkan yang halal dan tiada pula dengan mensia-siakan harta. Akan tetapi zahid padanya ialah engkau lebih percaya kepada apa yang ada di tangan Allah lebih daripada apa yang ada ditangan engkau sendiri, dan adalah hal engkau dalam masa kesusahan sama seperti hal engkau dalam masa tiada kesusahan, dan adalah pula orang yang memuji dan mencela engkau dalam kebenaran sama saja dalam bagi engkau."

Difahamkan dalam hadith ini zahid pada dunia terdapat 3 perkara; dan semua ini adalah dari amalan hati bukan dari amalan anggota.

1.Percaya kepada suatu yg ada pada Allah lebih daripada percaya kepada suatu yg ada pada diri sendiri. Kepercayaan yg timbul kerana kebenaran dan kekuatan kepada jaminan Allah dalam perkara pemberian rezeki dan kurnianNya yg banyak.

2.Gemar mendapat ganjaran dari kesusahan dunia kerana kehilangan harta benda atau keluarga atau lainnya, lebih daripada kegemaran mendapat kesukaan di kala tiada kesusahan tersebut. Kegemaran spt ini menurut Sayyidina Ali adalah kegemaran org yang zahid pada dunia. Barangsiapa zahid pada dunia, mudahlah baginya segala kesusahan yang menimpa ke atasnya.

3.Sama saja perasaan dan sikap seorang di kala dia dipuji mahu pun dia dicela kerana kebenaran yang dilakukannya. Dan ini adalah alamat zahid. Kerana orang yang membesarkan kemegahan dunia tentu memilih pujiaan dari celaan; dan selalu pula ditinggalkannya suatu yang benar yang tiada disukai orang kerana mengharapkan ketiadaan celaan itu.

1/2 drpd 62

Dari Abi al-Abbas Sahl bin Sa'd al-Saidiy radiyallahu anh katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi S.A.W lalu berkata; Ya Rasulullah! Tunjukkanlah kepada aku suatu amal yang apabila aku kerjakannya, dikasihi aku oleh Allah dan dikasihi aku oleh manusia. Kemudian Rasullulah berkata: Hendaklah zahid pada dunia, nescaya engkau dikasihi Allah; dan engkau zahid pada apa yang di sisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia.

Hadith hasan, diriwayatkan Ibn Majah dan lainnya dengan sanad-sanad yang baik.

Thursday, February 24, 2011

dwadzieścia osiem

Dari Abi Najih al-Irbad bin Sariah radiyallahu anh katanya: Telah menasihati kami oleh Rasulullah S.A.W akan satu nasihat yang menggeletarkan hati daripadanya dan menitis air mata. Lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olahnya inilah nasihat yang terakhir, maka berilah kepada kami satu pesanan.

Rasulullah bersabda: Aku berwasiat (berpesan) kepada kamu dengan bertaqwa kepada Allah 'Azza wajalla dan mendengarkan serta taat, sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup daripada kamu, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Sebab itu, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah al-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mengetahui kebenaran serta mengikutinya, yang mendapat pimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah kamu dengan geraham gigi kamu.

Dan jauhilah oleh kamu akan perkara-perkara yang baharu diada-adakan. Kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi dari Abi Najih al-Irbad bin Sariah, seorang ahli al-sufah yang mendiami di masjid Madinah, dan terkenal sebagai seorang yang sangat rindu kepada Allah, hingga pernah berdoa; "Hai Tuhanku, aku telah tua, tulangku telah lemah. Bawalah aku kepada Engkau."

anda mahu pinggan mane?



 


Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam sebiji pinggan daripada kita.. 
Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Kita pun terus menyimpannya di dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak dicuci.. Pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya..

Peminjam ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah yang tidak bernilai lagi..

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Wednesday, February 23, 2011

twenty seven

Dari Al-Nawwas bin Sim an radiyallahu'anh, sabda Rasulullah S.A.W; Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci di lihat oleh manusia kepadanya.

Riwayat Muslim


Kebaikan itu mudah; muka yang berseri-seri dan kalam yang lemah lembut,
Kebaikan itu sesama manusia... sekhusus keluarga...yang pasti ibu dan bapa..
Kebaikan itu..semestinya ke sekelian makhluk...

Keelokan itu ketaatan tertambat pada zahirnya..tertumpu pada batinnya.
Zahir terpenuh andai harta dibelanja atas redhaNya..menunaikan yang lima setiap hari..memenuhi janji..dan segala kesakitan kesusahan ditempuhi kesabaran.
Batin termeterai andai ada imanmu kepadaNya..kepada MalaikatNya..kepada kitab-kitab & rasul-rasulNya...

Dan andai ada getaran dalam hatimu,pastinya itu bukan ketenteraman...
Maka sebaliknya satu keraguan....
Bisikkanlah fatwa hatimu....nyatakan andai kau membenci....jauhkan..usah didekat..
agar ia tidak bergoncang..

Dan jangan sekali kau melupakan wasiat ini,

Andai ingin melakukan sesuatu, hati menjadi gelisah kerananya...janganlah diteruskan..kerana aku, sewaktu memakan buah kayu, hati telah bergoncang dan gelisah.....
Andai ingin mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya...kerana aku berbuat sedemikian...tentu tidak ku makan buah itu.
Andai ingin melakukan sesuatu, berundinglah dengan mereka yang tertentu..kerana andai aku berunding dengan malaikat, pasti tidak aku memakan buah itu......

Tuesday, February 22, 2011

15

Dari Abu Hurayrah radiyallahu 'anh; sabda Rasulullah S.A.W...Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.

Riwayat Bukhari & Muslim


1. Kerana lidah tertarung, meninggalnya pemuda,
Tertarung kaki tidak mengapa,
Kerana lidah hilanglah kepala,
Luka di kaki sembuh seketika....

2. Satu untukmu, kerna tiada sembahNya,
Andai kau membutuh dan kembali ke fitrah anbiya,
Maka dua untukmu pabila satu menjadi dua.
Dan hubungan darah memberi kau yang ketiga.....

3. Nah, belum 3 hari kau sudah melepaskannya,
Konon penat dan lelah dengan kurangnya masa,
Sedangkan kewajipan itu berbentuk pemberian,
Dan selebihnya adalah sedekah......




Sunday, December 5, 2010

Mayon dan Coffee

Salam'alaykum wrh wbt....

tak tenang nak exam? baca ni! smg Allah campakkan ketenangan yang diciptakanNYA...

When in your life seem, almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough (dengan exams yang banyak dan bertimbun),
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee !

A professor stood before his philosophy class, @ psychology (pun boleh)
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
and proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open areas between the golf balls.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous ‘yes.’

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand. The students laughed.

‘Now,’ said the professor, as the laughter subsided,
‘I want you to recognize that this jar represents your life.
The golf balls
are the important things – religion (islam dan iman, tazkirah....), family (usrah2~!), health (qowiyul jismi), friends (ikhwah laa, sape lg), passions (dakwah & tarbiyyah lah!!)

Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job (study laa kita, exam banyak kot!), house (nak berehat spy xmati kesejukan...x BM, Bereh, xbereh jugak, Dickensa ler) and car (skrg salji, asyik xon time je autobusem n tramwajej, xpun, jam!).

The sand is everything elseThe small stuff (FB, epl, laptop xde, nak beli ipad bleh?, snow cap (la taghdob), mafla, selipar winter [hehe, penting kot winter ni], ayam MBM, nak makan ape esok ek? ayam kat banglo dh hbis dan etc]

‘If you put the sand into the jar first,’ He continued,
‘there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

There will always be time to clean the house and fix the disposal.

‘Take care of the golf balls first –
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand
.’

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled.
‘I’m glad you asked’.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there’s always room for a couple of cups of coffee with a colleague or a friend.’ [utk jaga lewat malam ah]

Huhu, insyaAllah, kita rase cm dah sibuk sgt dh dunia ni, tapi sbnarnya, still ade mase utk kita berkumpul bersama utk aktiviti, berkongsi cerita, dan main futsal bersama dan hidupkan hati2 kita bersama spy xmati... kan kan...

InsyaAllah, hopefully, grab some points yg boleh kita amalkan... 'Ingat lah insan yang tersayang'...

with luv...

Friday, November 5, 2010

Aku, isteri dan ......

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak kawin ni banyak pulak perkara yang nak dipikirkan. Kena pikir masalah ummat, pikir mak bapak, mertua, keluarga sana, keluarga sini, budak nakal itu..budak nakal ini....last2 skali terpikir nak ada baby. Rindu betul kat anak2 buah yang comel...teringin sungguh nak ada baby sendiri. Ada sorang anak buah nama dia Nasra, agak pelat.... dia selalu bahasakan diri dia sebagai Atta...pelat punya pasal dia panggil sorang lagi anak buah yang nama dia Sofia sebagai Tutta.... jadi kalau dia gabungkan diri dia dan anak buah yang sorang lagi punya nama jadilah ATTATUTTA. sekali macam Attantuya pulak bunyinya.

Berbalik pasal isu nak baby. Ikutkan hati sungguh2 teringin nak ade baby....tapi mungkin keadaan tak mengizinkan buat masa ini. Isteri saya pelajar tahun 3 perubatan. Ada lagi 3 tahun untuk dia graduate. Insyaallah kalau tiada apa aral dia akan menamatkan pengajian dalam 3 tahun lagi. Untuk itu saya berfikir. Kalaulah dia pregnant sekarang, tak ke susah untuk dia menggendong anak kami dalam perot dia ke sana dan ke sini sebagai student. Mungkin silap haribulan dia terpaksa extend study dia di sini. Ishhhh sungguh saya rasa agak kejam untuk memperlakukan sebegitu. Hak dia untuk menamatkan pengajian...dan hak dia untuk tidak menambah tahun pengajian...hak dia untuk mendidik anak-anak (kalau dah beranak, anak mesti hantar kat mak bapak kat Malaysia). Saya tidak mahu menzalimi isteri. Untuk itu perlulah ada perancangan yang baik. Tapi sebaik baik perancangan, perancangan Allah yang paling baik. Jadi andai kata sudah tersurat untuk dapat baby sebelum tamat pengajian, redha jee laa.

Jadi bila kengkawan saya bertanya; Hai...bile nak dapat baby nih?...Saya akan tersengih lebar dan menunjukkan kedua gigi hadapan saya yang agak jongos. Untuk saudara-saudara yang dikasihi, fikir-fikirkanlah isteri anda. Sanggupkah anda melihat kesengsaraan mereka ketika mana mereka perlu menyebarkan risalah dan study dan bersusah payah mengusung anak di dalam kandungan. Kesiankan.........

Untuk saudara-saudara yang dikasihi juga, sekiranya anda terpaksa berjauhan dengan isteri anda nanti, kurang-kurangkanlah tahap kecemburuan anda. Anda perlu cemburu tapi tidak berlebih-lebihan kerana sekiranya berlebih-lebihan akan menghilangkan kepercayaan. Kalau ada yang terlalu cemburu sebelum berkahwin pun susah jugak...... jadi janganlah jealous melampau. Bagi kepercayaan pada isteri....

Sekian.

Wednesday, November 3, 2010

Manipulasi..dakwah @ dakyah

Bismillahirrahmannirrahim

Berbicara tentang manipulasi....apa yang dimaksudkan dengan manipulasi...sesetengah berpendapat apabila sesuatu perkara yang sepatutnya berlaku pada fitrahnya diubah dan digarap menjadi perkara yang lain demi mencapai objektif tertentu....ini mungkin. Maaf, penulis kurang ilmu bahasa. Ini sekadar pendapat sesetengah pihak. Mungkin ada benarnya.

Manipulasi apabila jatuh ke tangan-tangan yang korup, ini mungkin membawa ke arah kebinasaan. Tetapi sekiranya digarap dan diolah demi membawa kebenaran dan selagi ianya tidak melangkaui hukum Allah...maka mengapa ianya tidak dibolehkan?. Contoh....sekiranya A bertindak begitu begini dan jelas membawa kebaikan...kita sebagai manusia pantas memandang dari sudut negatif. Ntah....benarkah kita???

Apabila A melakukan sebegitu dan sebegini, petah kita menunding dia adalah sebaliknya...dia menginginkan kuasa, menginginkan kedudukan..mahu dihormati...Ntah...dimanakah husnuzon yang kita uar-uarkan?. Ingat sahabat dan ingat saudaraku...tiada cantas mencantas dalam usaha ini. Selagi ianya membawa kepada usaha ini, maka mengapa harus dihalang, mengapa harus direndah-rendahkan...Namun begitu sekiranya benar manipulasi itu condong ke arah kemudaratan, maka tiada salahnya untuk mencantas.. Dan pabila manipulasi itu mempunyai objektif persendirian dan berkepentingan untuk diri sendiri maka itu digelar korupsi. Cerminkan diriku dan dirimu. Adakah kita yang disebut-sebut....


Sunday, October 3, 2010

goodbye...


Adieu mon frère bien-aimé. Ne jamais abandonner. Allah le sait mieux pour vous ... Vous serez toujours dans notre cœur, dans notre sang ...... InsyaAllah. Prenez soin de vous.


Reyes


Saturday, June 12, 2010

Bila aku Perasan Bagos

Assalamualaikum w.b.t
Entry kali ni nak gune 'aku', tak mau guna 'saya'...sama je sebenarnya..'aku' dan 'saya'..
Hahahahr,...bebaru ni aku rase aku bagos n best...dahla rasa bagos...rase best pulak tu. nak tau sebab ape....sebab bebaru ni ade orang puji seyh entry2 yang aku tulis. Perrggghhhh banggaaaa sungguh...dahlaaa bangga tetiba pulak aku rasa macam ketagih dengan pujian....kalau boleh nak mintak ramai lagi yang puji. Dan semua ini boleh menyebabkan aku jadi takabbur, suma'h,ujub, n riak sudeyhhh pasti. Haissshh penyakit hati ni....senang je si setan cucuk-cucuk aku...senang je hati aku berbolak balik...

"Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak". Pesanan Ibnu Rawaahah r.a kepada Abu ad Dardaa' r.a. Sambil-sambil pesan Ibnu Rawaahah pegang tangan Abu ad Dardaa' r.a.

OKla.Memula aku nak minta maaf pada yang memuji..tak pasal-pasal korang dapat saham dosa. Aku faham niat korang baik...nak bagi galakkan kat orang supaya menulis dan berpesan-pesan pada kebenaran, tapi aku pon manusia biasa je..bukan Nabi (s.a.w), dan bukan malaikat. Aku memang cepat terase best dan bagos. Ish..ishh..isshh bestnye aku....(kata aku dalam hati).

Penyakit hati ni memang susah nak rawat...bila aku dah rase best dan bagos mulalaa aku susah nak terima pandangan orang, mulala susah nak terima teguran orang,...makin sombonglaa aku...
Baru je tadi aku bertekak dengan sorang minah ni sebab tak boleh terima pendapat dia..sia-sia sungguh aku panggil dia lembab....tak pasal-pasal dapat dosa free. Inila penyakit hati aku...bile dah terasa best dan bagos...orang lain cakap ape pon aku malas nak dengar..yelakan..sebab aku dah best...buat apa aku nak dengar orang lain cakap...sombongkan aku???Nauzubillah...tak nak la aku senasib dengan bekas ketua malaikat yang dilaknat.....

2:34
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir.

Hemm...nih baru rase best bile menulis blog belom lagi aku jadi pemimpin. Kalau aku jadi suami ke..pemimpin ke...mesti aku rase aku yang paling cool dan best...Yelakan...kalau jadi suami..isteri mesti kene dengar cakap aku..."Minah...ambilkan abang air kopi". Dapatla aku air kopi. Bile isteri bagi pendapat, "Abang minum kopi tak berape elok, banyak caffeine". kata Minah dengan lembut. Aku pun menjawab," Haish Minah, banyak pulak ko bebelkan". Tengok...pendapat isteri pon aku dah malas nak dengar..sebab..aku dah rase aku best. Sepatotnye aku dengar dan pertimbangkan apa yang nak dia sampaikan.

Kalau dulu masa aku jadi pemimpin kelas..(ketua darjah masa darjah 4). Bila ade budak bising je aku ambik nama dia..bagi kat cikgu..dan aku cukup rase best bile aku buat macam tuh. Bestnye aku...cikgu percaya kat aku seyh...Sepatotnye aku dengarla alasan-alasan bebudak yang bising tuh...tah dorang ade hal yg penting nak diskusi-diskusi ke...ni tak.. aku bagi je nama dorang..dan tak pasal-pasal dorang kene rotan. Yelakan...dorang bukannye baik dengan cikgu...kire dorang nih lemahlaa...bukannye boleh buat apa-apa pon kalau aku bagi nama dorang kat cikgu aku dulu..ingat cikgu aku nak percayake kat dorang..hahahah bestnye rase diri berkuase masa tuh...tengok bebudak kelas aku...ibarat aku tengok orang-orang yang lemah.

7:75
Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah, yaitu orang-orang yang telah beriman di antara kaumnya, "Tahukah kamu bahwa Saleh adalah seorang rasul dari Tuhannya?" Mereka menjawab , "Sesungguhnya kami percaya kepada apa yang disampaikan."

7:76
Orang-orang yang menyombongkan diri berkata, "Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu percayai,".

Hemmm tengoklaaa kesan kalau aku rase aku nih best...janganlaa aku jadi macam tuh (kalau ade sesapa bace entry ni doakan aku tak jadi macam tuh). Okllor....dah banyak membebel...tapikan kalau golongan para sahabat dulu..mereka ini mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri jilsah-jilsah (perkumpulan) tafakkur, merenung diri, dan tanasuh saling nasihat dan menasihati di antara satu sama lain. Memeriksa jiwa-jiwa mereka...dengan cara ini mereka dapat mengelakkan dari penyakit hati yang murbahaya....

Sekian.


P.S: 1. Komen yang membina dengan pujian adalah dua mende yang berbeza. Komen sgt dialu2kan. Kutukan kepada penulis adalah dialu2kan jugak itupun kalau engkorang tak kisah nak bagi pahala korang kat aku..muahahahha.
2. Kalau korang nak puji aku hensem...aku tak kisah sebab pujian itu ditujukan kat Allah.( hahahah sisa-sisa perasan bagos yang masih berbaki kat hati)

Tuesday, June 8, 2010

Pagi yang gelap

Assalamualaikum w.b.t
n Selamat pagi....
Hahaha..hari ni saya takleh nak tido...insomnia agaknye...jap lagi kol 8 kene pegi class kat spital entah ke hapa namanya (nama hospital dalam bahasa polish). Emmm...saya nk bercerite..taktaula best ke tidak....layan je laa dulu...

Masa saya darjah 6 saya adala discuss2 dengan abang saya....tajuk yang kami bualkan adalah: Antara pendidikan dan pengalaman..mana yang lagi penting? atau dalam bahasa omputeh..which is more important..education or experience?(maaf tajuk agak furuq). Jadi kami pon berdebatlaaa....saya masa tu mati-mati cube tegakkan experiences adelah lagi bagus n best sebab kalau ade pengalaman nanti luasla pandangan....bile luas pandangan bolehlah kite pandang ke timur atau ke barat...dan dari situ kite dapatla kutip ilmu dan teknologi....Tapi walaupun saya duk gebang-gebang kat abang saya....dia tetaplaa dengan pendirian dia..abang la katakan....mesti dia ade ego...lagipon beza umur kami agaklaa jauh..masa saya darjah 6 dia dah masuk uni kalau tak silap saya. Hujah abang saya pulak: Seorang lecturer yang penah bekerja sebagai engineer selama 10 tahun, mampu menyampaikan pengalamannya selama tempoh itu kepada para pelajarnya dalam class yang diajarkan...Adeehhh...saya masa tuh tension...abang saya pon 'panas' memandangkan kami berdua macam tak nak mengalah. Perdebatan kami berlanjutan dengan aksi tinju- meninju..di mana saya akhirnya melalak menangis setelah rusuk kiri saya dicedok tanpa ragu-ragu oleh abang saya.

Sekarang nih dah lebih sedekad peristiwa itu berlalu. Kami dah tidak berdebat..kalau ade pon tak sampai tinju-meninju..sebab saya dah makin gagah..abang saya plak makin boroi..hahaahar (sorryla bang). Mesti dia takut dengan saya sekarang...tapi yang pasti kami dah dewasa..dan semakin matang insyaallah....
Cuma baru-baru ini saya terfikir lepas dengar tazkirah berkaitan tarbiyyah. Education rerupanya sangatlah penting dan merupakan asas pembinaan individu muslim. Kalau kite tak dididik dengan islam (kata kerja) maka takkan terbinalah kita sebagai individu muslim. Dan kalau tak terbina individu muslim macam mana nak terbina masyarakat muslim..negara islam dan seterusnya...Rasulullah S.A.W terus mendidik dan mendidik dan mendidik dan mendidik....sehingga wujudnya Madinah, negara islam. AHAA.....penting kan education...kire abang saya ade betulnya jugak..tak sia-sia dia tinju maut rusuk saya dulu. Contoh macam hukum hudud...kalau nak laksanakan hukum hudud, kenala didik dan fahamkan masyarakat tentang islam dan hudud, bukannya dengan memberontak atau membantai mana-mana pihak, baik kita didik dan pahamkan masyarakat tentang islam... dan bila masyarakat dah paham dan terdidik..dengan automatiknya transformasi akan berlaku...bukannya transformers.

Lagi satu kan...saya masih tercari-cari apa maksud kemajuan dalam islam. Maju tuh dari sudut mane ye...pening saya fikir..yang biasa saya dengar majulah sukan untuk negara...kemajuan dari sudut itu saya agak jelas..tapi untuk islam apa yang dimaksudkan dengan kemajuan. Ekonomi ke...binaan ke... macam kat negara-negara Islam sekarang banyak sudeh bangunan-bangunan tinggi seyyhh. Banyak public transport yg sophisticated, ini ke maju??? Mungkin.....
Jadi disebabkan masih blur-blur ayam saya pon pegila bace blog orang lain....dan dapatlah sikit ilham. Kalau saya salah interpret tolong betolkan saya ye...tapi inilah pendapat yang tak tau boleh pakai ke tidak (maafla saya budak baru blajar kalo salah tolong btolkan); Zaman Nabi dulu kemajuan islam diterjemahkan melalui amalan fardhu dan sunnat. Masa tuh orang islam maju apabila mereka berlumba-lumba untuk membuat kebaikan yakni amalan-amalan mereka. Tanpa disuruh mereka melakukan amalan-amalan yang diajarkan oleh Nabi. Kemajuan dalam amalan, yakni kemajuan mereka mencintai Allah dan rasulNya, kemajuan iman....dan bila iman sudah maju...segalanya akan maju....ingat kan kisah Muhammad Al Fateh.
Constantinople will be conquered by the blessed leader and a blessed army...and the prophecy was already fulfilled....kejayaan yang berkaitan dengan kemajuan..pikir-pikirkanlah yea...saya kene siap-siap gi class...pegi dulu!!!

Sekian.

Sunday, June 6, 2010

ANIMALITY


Assalamualaikum.

Last few weeks, one of my housemate read a simple article about animals... though he’s a med student, but it seems he had more interest in zoology...I bet he wanted to become a veterinary expert someday.

Ok..straight to the point...I’m going to write about the story.. sad story about animals..e.g: mammals, reptiles, amphibian excluded...which might give us positives values.

The story begins with Mr mouse, a mouse that lived in mansion, owned by a rich farmer. Mr Mouse had several trusted friends known as Mr Snake...a reptile, Mr Cow.. a casein producer.. and Mrs goat.

One day, Mr mouse realised that his unofficial landlord bought a trap..mouse trap. Mr mouse was very uncomfortable, he didn’t have such resistance to avoid the temptation of the cheese, purposely placed as the bait. Rationally, he hesitated to approach the cheese , but his physiological demand kept pushing him to make an action. An action that can lead to fatal destruction. In the middle of dilemma, he went to Mr snake for free consultation. In such arrogance expression, Mr Snake told the mouse...” the trap would never harm me boy.., by the way it’s a mouse trap and it has nothing to do with my existence”. Mr mouse then went to ask Mrs goat’s opinion but again he ended with disappointment. Finally, he went to seek for Mr Cow’s attention, but Mr Cow was too busy copulating with the opposite gender and Mr Cow kept on explaining about the ratio of the mouse trap and its body proportion.

Mr Mouse felt tremendously disappointed upon their ignorance and went back home; isolating his mind and soul from the gigantic seduction (cheeeesseee).

One fine evening, the tranquillity of the mansion being diminution by loud noise from the kitchen. Ahah...it was the snake, the distal part was stuck on the trap. Mr snake was striving to free himself, but the outcome was negative. Suddenly the wife of the farmer came in and panicky shouted for help. Accidentally, Mr snake attacked the wife and after several minutes the wife remained silence and breathless..innalillah..the farmer was shocked, and with all the strength he crushed the snake into pieces...and the snake rested in peace.

The next day, the funeral took part. And as the guests became outnumbered, Mr Cow and Mrs goat were slaughtered, turned to be the main dishes. In the end, all the animals were victimized due to the ignorance...........

Moral of the story:

1. Our ignorance towards any related issues (eg: Gaza, fasadul ummah, and etc) could affect and violated our ummah.

2. Obscene things might spread among any nation and calamities generally continued to descend upon them.

3. Lets join ‘dakwah’ in order to avoid the latter statement above...the more the merrier..

4. Keep venom- antidote if let say u are living in a farm.

Thank you.

Monday, May 31, 2010

Assalamualaikum
Sekali lagi saya cube menulis. Utk berkongsi pengalaman. Harap ada pengajaran yang dapat diambil. Dan harap saya juga dapat turut berubah menjadi lebih baik.

Ehem....saya sedang sebok dengan exams. Memandangkan sekarang musim peperiksaan...adusshh memanglah sebok. Kini tinggal beberapa paper lagi sebelom saya dapat melangkau ke tahun berikotnye. Doa2kanlah..insyallah.

Saya ade terbaca harian metro...ada beberapa berita yang cukup sensasi utk saya renungkan. Antaranya permasalahan moral remaja. Memang makin terok remaja sekarang, orang tua pun..termasuklah saya. Masalah sosial di Msia memanglah makin dush3....merunsingkan..mengkagumkan..malah mendebarkan. Kes buang baby...sangatlah besepah. Kengkadang saya terpikir buang baby dah macam buang sampah kat Msia.

Dari tahun 90 an hingga ke hari ini...rasenye masalah sosial dikalangan pemuda pemudi makin terok.Terus terang saya bagitau..saya pon tak tau cmne nak menyelesaikan masalah ini. Omputeh kat US pon kalau compare dengan kes buang baby...rasenye dorng lagi kurang membuang baby banding dengan pemuda pemudi negara kita (mungkin sebab anak haram kat sana tak dipandang rendah atau mungkin takde malunya ade anak haram kat sana). Jadi kesimpulan kat sini masyarakat kite kire lebeh kureng macam arab jahiliyah laa...bezanya diorang tanam anak...kite plak..kasi campak dalam tong...kasi anjing makan....nyum3,,,sedapnye..kate anjing itu.

Cmne nak settle masalah ni.....boleh ke settle masalah ni dengan menonton akademi fantasia..atau pon adammaya (best cite ni) atau pon dengan menonton wayang cite2 omputeh hollywood ataupon hindi bollywood..ntahla kalau masyarakat kite xpeduli...sape lagila nak peduli. sume org buat hal memasing...sume org dok umah, hepi2 dengan anak bini...pegi keje..balik keje..dapat gaji..shopping..beli lampin anak...bayar sewa umah..bayar downpayment kereta....
Rasenye xkan settlela masalah ni kalau xde sape yg peduli....

Ahaa..nih nak crite sedikit pasal pengalaman saya...Saya tinggal kat satu kawasan taman perumahan di Malaysia. Kawasan perumahan saya banyak budak muda. Petang-petang saya join diorang main bola, walaupun beza umur saya dengan mereka agak jauh. Bila saya cuti biasanya saya akan buat tuition free untuk bebudak muda yang nak ambik SPM atau pon PMR. Saya pinjam satu rumah kosong dari pengerusi taman perumahan itu dan jadikan tempat nak tuition.
Tapikan yang datang adalah dalam 7 orang pelajar bermasalah.. semuanye perempit sejati. bayangkan ade sorang tuh waktu saya baru nak start mengajar..dia datang dengan lutut dan kepala terluka...tapi relaxje dia.."Sorryla bang tengah setting motor baru...saye terjatuh mase test motor tuh." Adeshhh ntah motor sape yang telah dibaraikan....Kesemua mereka adalah perokok tegar,,,jadi mereka meminta izin saya untuk merokok ketika kelas dijalankan. Saya pon izinkan....mereka semua suka datang class tuition saya.

Antara subject yang penah saya ajarkan adalah Maths dan English. Baiklah...bermula dengan maths.. saya bertanya kepada mereka.."Engkorang ni periksa sebelum-sebelum ni berapa markah yang korang dapat?" Mereka menjawab,"Bang, saya dapat 3, dia dapat 1, yang belakang nih dapat 5...." Mendengar itu saya merasakan cukup bangga kerana saya ingat mereka mendapat tempat ketiga, pertama, kelima dalam ranking kelas mereka...tetapi sangkaan saya nyata meleset, mereka hanya mendapat 1peratus, 3peratus, 5 peratus daripada markah 100 bagi peperiksaan mereka..
Bagaimana pula dengan English...permintaan pertama mereka adalah supaya saya dapat ajarkan mereka bagaimana untuk mencarut dan memaki dalam bahasa Inggeris. Tidak saya ajarkan sepenuhnya...itulah antara pengalaman-pengalaman manis saya bersama mereka.

Sebenarnya saya cuba untuk MENGENALI, MEMAHAMI & MEMBANTU mereka.....apa yang cuba saya simpulkan di sini adalah dengan 3 LANGKAH terawal di atas...insyaAllah kita sebagai masyarakat dapat mengubah keadaan jahiliyah di negara tercinta.

Sekian.

Thursday, May 13, 2010

Perang

Salam w.b.t
Da lama x tulis. Sorry...saya x pandai berbasa basi. Rasenye lagi senang gune bahasa pasar..lagila senang orang nak paham.Saje je nk tulis pasal perang..atau dalam english org sebut 'war'. Perang kat sini bukannye warna tapi adalah spt yg di mention td.
Pecaye atau tidak kite ni sebenarnye tgh beperang.... beperang dgn nafsu...berperang dgn perasaan..dgn cita2...dgn memacam lagi laa...
Relax...jgn bosan lagi...bace dulu....
Dulu sy penah tnya sorang brader tuh....sebab dia suka sgt crite pasal perang..badan xtough pun..skill beperang pun xde rasenye...apatah lagi pegang senapang...paling kuat rasenye dia penah pegang pistol air...itupun kalau ade la kan. Jadi saya pon tnya.."Bro, lu ade berani ke pegi perang...lu slalu citer2 pasal perang...perang Badar...perang Uhud..(byk ibrah boleh ambil dari perang2 tersebut) Lu berani ke bro?" Dengan sempoi dia menjawab..."Ana berani bro..satu je mende yg ana sgt tak mahu kalau ana pegi perang". ."Ape bro?" sy bertanya. "Ana x mahu kalau ana menjadi beban orang lain dalam peperangan." Perrrghhh jawapan diberi membuat sy tercengang sebentar.
Memang betol la apa yg bro tu cakap...kalau kite pegi perang sat lagi kite jadi beban orang len...xke menyusahkan orang len utk beperang sbb nk lindung kite jee...kite xready nk pegi perang...jap lagi menyusahkan org len...xke sadis namenye.
Dalam konteks kite sbg daie n student..kite tgh beperang sebenarnya. First kite tgh beperang psychologically utk menjaga mad'u kite...utk mentarbiyahkan dorng...second kite tgh beperang dgn peperiksaan utk kite dapat teruskan blajar kat sini. Bayangkan kalau kite xready dgn dedua nih...confirm kite akan susahkan sedara2 kite yg len. Dorng mesti risau dgn prestasi study kite...n dorng akan sebok2 jaga study kite...Kesimpulannye bile jadi mcm tuh..tenaga yg patot dorng salurkan kat mad'u len dah terfocus ke arah kite...kite jadi beban utk mereka atas ketidaksediaan kite utk beperang (jawab periksa)...niat kenela betul kenape kite nk pass exam (abg kalam penah hurai pasal niat). Jadi siapkanlah diri kite sepenohnye.......
Okla..stakat tuh je kot...sambung di kendian hari...
Salam sumer..bye...

Monday, May 3, 2010

Tarbiyah ruhiyah...


Tatkala kita ditimpa musibah
Atau tertipu oleh kepalsuan
Kala tergiur bunga kehidupan
Terbujuk rayu godan syetan
Tergelincir dalam jurang nifaq dan riya’

Jika hati hampa nilai ruhaniyah
Tiada kekuatan untuk memberi
Hampa dari cahaya petunjuk-Nya, keikhlasan, muroqobah, dan ketaqwaan

Berhentilah di terminal ruhiyah
Agar kalah nafsu amarah
Tipu daya yang perindah kemungkaran
Selamat dari jurang ujub, nifak dan riya’

Berhentilah di terminal ruhiyah
Agar sadar bahwa dunia fana
Agar selalu ingat kematian
Dikala dunia mencengkeram jiwa

Bermujahadah dalam beribadah
Bermu’aqobah pada kekhilafan
Bermuhasabah dari penyakitjiwa
Bermuroqobah dengan keagungan-Nya
Bermu’ahadah dalam syari’ah

Friday, April 16, 2010

Tarbiyah...Tarbiyah...



Tarbiyah (pendidikan) Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

Semua ini adalah peribadi yang lahir hasil daripada tarbiyah imaniyah yang berjalan di dalam madrasah Rasulullah SAW. Didikan Rasulullah SAW bukan untuk melahirkan ahli falsafah atau kumpulan sufi yang asyik dengan riadah ruhiyah semata-mata tanpa menghiraukan tipudaya musuh yang ingin menghancurkan Islam. Rasulullah SAW pernah menegur seorang lelaki yang ingin mengasingkan diri untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Kata Rasulullah SAW kepada lelaki itu;

"Jangan kamu lakukan demikian. Sesungguhnya tegak seseorang kamu di jalan Allah (berjihad) adalah lebih utama daripada ia sembahyang dirumahnya selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka Allah mengamponkan kamu serta memasukkan kamu ke dalam syurga? Berjihadlah pada jalan Allah. Sesiapa yang berperang pada jalan Allah di atas belakang unta , maka wajiblah baginya syurga" (Hadis riwayat At-Tarmizi).


Hasan al-Banna pernah menyebutkan:

'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat.

Sabda Rasuluilah SAW:

"Barangsiapa mati padahal dia tidak berjihad dan tidak pernah berniat berjihad, maka matinya seperti mati jahiliyah.'
Serendah-rendah tingkat iihad itu ialah dengan cara membantah di dalam hati, dan setinggi-tingginya ialah perang fi sabilillah kerana kebenaran. Di antara kedua-dua tingkatan itu terdapat cara-cara jihad yang lain seperti berjihad dengan lidah, berjihad dengan pena, jihad ekonomi, berjihad dengan tangan dan bejihad dengan cara berani bercakap benar di hadapan raja yang zalim. Semua sifat dan tingkatan jihad tersebut akan lahir melalui proses Tarbiyah lmaniyah, lnsyaallah.

Proses Tarbiyah mesti berterusan
Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.

Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita. Sabda Rasuluilah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.' (HR Al Hakim dan At Tabrani)


PENUTUP
Menjadikan Islam sebagai satu alternatif penyelesaian kepada masalah umat manusia mestilah lahir daripada keyakinan yang berteraskan keimanan, bukan disebabkan kegagalan sistem sistem lain. Islam hanya boleh memainkan peranannya untuk menyelesaikan masalah manusia apabila ianya diambil secara syumul dalam bentuk konkrit. Oleh itu setiap pekerja (amilin) Islam mestilah dibentuk dan diproses berteraskan aqidah tauhid yang bersumberkan daripada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Islam tidak akan dapat dibangunkan tanpa rijal (pahlawan). Rijal tidak dilahirkan tanpa melalui proses Tarbiyah. Dan Tarbiyah tidak akan memberi sebarang kesan tanpa penglibatan dan penghayatan yang bersungguh-sungguh daripada setiap individu. Adalah menjadi harapan dan keyakinan setiap muslim bahawa masa depan adalah milik Islam.

Thursday, April 15, 2010

Dakwah bukan untuk orang MALAS!!

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak. Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute. Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak
nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

copy from http://muntalaq.wordpress.com/

Friday, April 9, 2010

Jaulah @ UK 2010




Enjoy it!!!
Ingat kenangan ukhuwwah kita di bumi org...BESTnye!!!