Tuesday, February 22, 2011

15

Dari Abu Hurayrah radiyallahu 'anh; sabda Rasulullah S.A.W...Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.

Riwayat Bukhari & Muslim


1. Kerana lidah tertarung, meninggalnya pemuda,
Tertarung kaki tidak mengapa,
Kerana lidah hilanglah kepala,
Luka di kaki sembuh seketika....

2. Satu untukmu, kerna tiada sembahNya,
Andai kau membutuh dan kembali ke fitrah anbiya,
Maka dua untukmu pabila satu menjadi dua.
Dan hubungan darah memberi kau yang ketiga.....

3. Nah, belum 3 hari kau sudah melepaskannya,
Konon penat dan lelah dengan kurangnya masa,
Sedangkan kewajipan itu berbentuk pemberian,
Dan selebihnya adalah sedekah......




Sunday, December 5, 2010

Mayon dan Coffee

Salam'alaykum wrh wbt....

tak tenang nak exam? baca ni! smg Allah campakkan ketenangan yang diciptakanNYA...

When in your life seem, almost too much to handle,
When 24 Hours in a day is not enough (dengan exams yang banyak dan bertimbun),
Remember the mayonnaise jar and 2 cups of coffee !

A professor stood before his philosophy class, @ psychology (pun boleh)
And had some items in front of him.
When the class began, wordlessly,
He picked up a very large and empty mayonnaise jar
and proceeded to fill it with golf balls.

He then asked the students, if the jar was full.
They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured
them into the jar. He shook the jar lightly.
The pebbles rolled into the open areas between the golf balls.

He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar.
Of course, the sand filled up everything else.
He asked once more if the jar was full. The students responded with a unanimous ‘yes.’

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar, effectively
filling the empty space between the sand. The students laughed.

‘Now,’ said the professor, as the laughter subsided,
‘I want you to recognize that this jar represents your life.
The golf balls
are the important things – religion (islam dan iman, tazkirah....), family (usrah2~!), health (qowiyul jismi), friends (ikhwah laa, sape lg), passions (dakwah & tarbiyyah lah!!)

Things that if everything else was lost and only they remained, Your life would still be full.

The pebbles are the other things that matter like your job (study laa kita, exam banyak kot!), house (nak berehat spy xmati kesejukan...x BM, Bereh, xbereh jugak, Dickensa ler) and car (skrg salji, asyik xon time je autobusem n tramwajej, xpun, jam!).

The sand is everything elseThe small stuff (FB, epl, laptop xde, nak beli ipad bleh?, snow cap (la taghdob), mafla, selipar winter [hehe, penting kot winter ni], ayam MBM, nak makan ape esok ek? ayam kat banglo dh hbis dan etc]

‘If you put the sand into the jar first,’ He continued,
‘there is no room for the pebbles or the golf balls.
The same goes for life.

If you spend all your time and energy on the small stuff,
You will never have room for the things that are important to you.

There will always be time to clean the house and fix the disposal.

‘Take care of the golf balls first –
The things that really matter.
Set your priorities. The rest is just sand
.’

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented.

The professor smiled.
‘I’m glad you asked’.

It just goes to show you that no matter how full your life may seem,
there’s always room for a couple of cups of coffee with a colleague or a friend.’ [utk jaga lewat malam ah]

Huhu, insyaAllah, kita rase cm dah sibuk sgt dh dunia ni, tapi sbnarnya, still ade mase utk kita berkumpul bersama utk aktiviti, berkongsi cerita, dan main futsal bersama dan hidupkan hati2 kita bersama spy xmati... kan kan...

InsyaAllah, hopefully, grab some points yg boleh kita amalkan... 'Ingat lah insan yang tersayang'...

with luv...

Friday, November 5, 2010

Aku, isteri dan ......

Bismillahirrahmanirrahim

Sejak kawin ni banyak pulak perkara yang nak dipikirkan. Kena pikir masalah ummat, pikir mak bapak, mertua, keluarga sana, keluarga sini, budak nakal itu..budak nakal ini....last2 skali terpikir nak ada baby. Rindu betul kat anak2 buah yang comel...teringin sungguh nak ada baby sendiri. Ada sorang anak buah nama dia Nasra, agak pelat.... dia selalu bahasakan diri dia sebagai Atta...pelat punya pasal dia panggil sorang lagi anak buah yang nama dia Sofia sebagai Tutta.... jadi kalau dia gabungkan diri dia dan anak buah yang sorang lagi punya nama jadilah ATTATUTTA. sekali macam Attantuya pulak bunyinya.

Berbalik pasal isu nak baby. Ikutkan hati sungguh2 teringin nak ade baby....tapi mungkin keadaan tak mengizinkan buat masa ini. Isteri saya pelajar tahun 3 perubatan. Ada lagi 3 tahun untuk dia graduate. Insyaallah kalau tiada apa aral dia akan menamatkan pengajian dalam 3 tahun lagi. Untuk itu saya berfikir. Kalaulah dia pregnant sekarang, tak ke susah untuk dia menggendong anak kami dalam perot dia ke sana dan ke sini sebagai student. Mungkin silap haribulan dia terpaksa extend study dia di sini. Ishhhh sungguh saya rasa agak kejam untuk memperlakukan sebegitu. Hak dia untuk menamatkan pengajian...dan hak dia untuk tidak menambah tahun pengajian...hak dia untuk mendidik anak-anak (kalau dah beranak, anak mesti hantar kat mak bapak kat Malaysia). Saya tidak mahu menzalimi isteri. Untuk itu perlulah ada perancangan yang baik. Tapi sebaik baik perancangan, perancangan Allah yang paling baik. Jadi andai kata sudah tersurat untuk dapat baby sebelum tamat pengajian, redha jee laa.

Jadi bila kengkawan saya bertanya; Hai...bile nak dapat baby nih?...Saya akan tersengih lebar dan menunjukkan kedua gigi hadapan saya yang agak jongos. Untuk saudara-saudara yang dikasihi, fikir-fikirkanlah isteri anda. Sanggupkah anda melihat kesengsaraan mereka ketika mana mereka perlu menyebarkan risalah dan study dan bersusah payah mengusung anak di dalam kandungan. Kesiankan.........

Untuk saudara-saudara yang dikasihi juga, sekiranya anda terpaksa berjauhan dengan isteri anda nanti, kurang-kurangkanlah tahap kecemburuan anda. Anda perlu cemburu tapi tidak berlebih-lebihan kerana sekiranya berlebih-lebihan akan menghilangkan kepercayaan. Kalau ada yang terlalu cemburu sebelum berkahwin pun susah jugak...... jadi janganlah jealous melampau. Bagi kepercayaan pada isteri....

Sekian.

Wednesday, November 3, 2010

Manipulasi..dakwah @ dakyah

Bismillahirrahmannirrahim

Berbicara tentang manipulasi....apa yang dimaksudkan dengan manipulasi...sesetengah berpendapat apabila sesuatu perkara yang sepatutnya berlaku pada fitrahnya diubah dan digarap menjadi perkara yang lain demi mencapai objektif tertentu....ini mungkin. Maaf, penulis kurang ilmu bahasa. Ini sekadar pendapat sesetengah pihak. Mungkin ada benarnya.

Manipulasi apabila jatuh ke tangan-tangan yang korup, ini mungkin membawa ke arah kebinasaan. Tetapi sekiranya digarap dan diolah demi membawa kebenaran dan selagi ianya tidak melangkaui hukum Allah...maka mengapa ianya tidak dibolehkan?. Contoh....sekiranya A bertindak begitu begini dan jelas membawa kebaikan...kita sebagai manusia pantas memandang dari sudut negatif. Ntah....benarkah kita???

Apabila A melakukan sebegitu dan sebegini, petah kita menunding dia adalah sebaliknya...dia menginginkan kuasa, menginginkan kedudukan..mahu dihormati...Ntah...dimanakah husnuzon yang kita uar-uarkan?. Ingat sahabat dan ingat saudaraku...tiada cantas mencantas dalam usaha ini. Selagi ianya membawa kepada usaha ini, maka mengapa harus dihalang, mengapa harus direndah-rendahkan...Namun begitu sekiranya benar manipulasi itu condong ke arah kemudaratan, maka tiada salahnya untuk mencantas.. Dan pabila manipulasi itu mempunyai objektif persendirian dan berkepentingan untuk diri sendiri maka itu digelar korupsi. Cerminkan diriku dan dirimu. Adakah kita yang disebut-sebut....