Pejam celik, pejam celik hari ini telah masuk hari ke 22 kita berpuasa. Sedar atau tidak Ramadhan semakin meninggalkan kita. Namun apakah azam kita untuk bulan tarbiyyah ini telah berjaya direalisasikan.
Adakah kita terlalu leka dengan syndrom ''balik kampung" dan syndrom "sibuk membuat persiapan Aidilfitri" sehingga lalai dengan Ramadhan yang semakin menghampiri penghujungnnya. Persiapan diri sepatutnya digandakan tatkala hanya tinggal kira-kira 8-9 hari sahaja lagi. Siapa tahu mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kita.
Tukar cara pemikiran kita dari kegembiraan menyambut Syawal kerana dapat makan-makan dan jumpa kawan-kawan kepada kegembiraan kerana kejayaan kita mentarbiyyah diri, memohon keampunan dan menyediakan bekal kita sepanjang bulan Ramadhan. I/Allah dikesempatan ini kita masih berpeluang untuk menggandakan usaha kita. Dalam usaha mencari Al-Qadr. Malam kemuliaan yang lebh baik dari seribu bulan.
لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬
A-Qadr :ayat 3
ertinya : Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Rasulullah SAW junjungan besar kita, bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain pada sepuluh malam terakhir. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Disebutkan juga dalam hadis lain,
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : "Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)"
( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Daripada hadis tersebut kita sedar bagaimana kesungguhan Rasulullah SAW dalam mencari Lailatulqadr. Bagaimana dengan kita? Tidak mahukah kita merebut peluang yang hanya datang setahun sekali ini atau mungkin yang terakhir buat kita. Hanya 1 MALAM TETAPI IANYA LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN.
Para ulama menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang mulia ini.
Bagaimanapun ada hadith yang menyebut :
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sama-sama kita Perbanyakkan doa meminta keampunan di malam-malam ini. Dalam satu hadith Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW.
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Maknanya di mlm-mlm terakhir ini Rasulullah berpesan supaya kita memohon keampunan daripada Allah SWT .
Apelagi kawan-kawan, jangan fikir lagi, mari sama-sama kita rebut peluang ini.
Jom sama-sama kita CARI MALAM QADR !!
No comments:
Post a Comment