Itu soalan standard bagi setiap interviewer tak kiralah MARA, JPA atau mane-mane scholar lain. Soalan ini juga kerap diajukan oleh mak, ayah, saudara mara dan kawan-kawan kita. Sungguhpun begitu,seringkali permohonan be lajar diluar negara dibuat sebe lum jawapan yang memuaskan hati, menenangkan jiwa dan meyakinkan diri sendiri disediakan.
Antara jawapan standard dari mulut intelek-intelek muda ini adalah ‘untuk mencari pengalaman’ dan ‘nak lihat tempat orang’. Maha Suci Allah yang mengukur amalan setiap hambaNya berdasarkan niat masing-masing yang tertanam jauh di dasar hati.
Bagi setiap orang apa yang ia niatkan.
Barangsiapa yang hijrahnya adalah
kerana Allah & Rasulnya, maka
hijrahnya adalah bagi Allah dan
Rasulnya. Barangsiapa yang hijrahnya
adalah untuk dunia atau kerana
perempuan yang ingin dinikahinya,
maka hijrahnya itu kepada apa yang ia
niatkan.”
(Hadith Muttafaqun ‘alaih)
ikhlas dan matlamat yang paling jelas. Maka Allah membalasnya dengan janji syurga, diikuti dengan kemenangan dan kejayaan yang agung dan gemilang dalam sejarah peradaban manusia, hingga Islam akhirnya dapat memayungi 2/3 dunia.
Manakala hijrah kita ke bumi POLAND dengan nawaitu yang rojak membuktikan bahawa bukan mudah rupanya untuk mencontohi kejayaan cemerlang mereka. Sungguhpun begitu, wajib bagi kita meyakini sepenuh hati bahawa Islam ini Ad-Deen yang realistik, walaupun pada masa yang sama ia idealistik dan mendidik umatnya untuk mengejar ke sempurnaan. Tidak mustahil bagi kita pelajar-pe lajar Malaysia di poland untuk menjadi ‘Muhajirin’ tahun 1430 Hijriah
Ketika ini, Islam di mata dunia tidak cantik. Imejnya cacat, distorted, tercemar, tercalar, upside down dan kabur sekali. Namun, sungguh aturan Allah itu sangat cantik. Allah telah menetapkan untuk mengutus sekumpulan hamba-hambaNya untuk menyahut cabaran ini, memikul amanah untuk membersihkan serta mengembalikan Ad-DeenNya yang suci dan sempurna ke tempatnya yang asal, tinggi dan terpuji.
menjadikan ini dengan sia-sia. Maha
Suci Engkau. Maka peliharalah kami
daripada seksa api neraka.”
(Surah Ali-Imran : ayat 191)
berjaya menemuinya atau tidak. Tidak ada satu perkara pun di dunia ini yang berlaku secara kebetulan, tetapi segala-galanya dalam perancangan Allah yang rapi dan teliti, telah tertulis di Lauh Mahfuz. Kehadiran kita ke bumi Poland ini juga tentunya tidak terlepas dari perancangan Yang Maha Bijaksana. Ia bukan satu kebetulan yang tidak dirancang dan tanpa tujuan.
Sama ada kita sedar atau tidak, di bahu kita terpikul seribu amanah, janji dan harapan. Kita adalah debunga islam yangberterbangan di bumi Allah. Walaupun cuma tersangat kecil dan ringan, namun langsung tidak wajar diragui kemampuannya untuk menumbuhkan pohon yang kuat besar dan tinggi, seperti mana yang telah diwahyukan oleh Allah:
Allah membuat perumpamaan kalimat
yang baik seperti POHON YANG
BAIK, akarnya teguh dan cabangnya
(menjulang) ke langit. Pohon itu
memberikan buahnya pada setiap musim
dengan seizin TuhanNya. Allah
membuat perumpamaan-perumpamaan
itu untuk manusia supaya mereka selalu
ingat.”
(Surah Ibrahim : 24-25)
Apabila kita ke luar negara, kita berpeluang menimba banyak perkara, bukan sekadar ilmu perubatan, kejuruteraan,perakaunan dan sebagainya, bahkan ilmu-ilmu yang tidak tertulis di dalam buku, ilmu-ilmu yang hanya pengalaman sahaja mampu menjadi gurunya. Kita sedang hidup di tengah-tengah masyarakat yang asing, hidup di kalangan satu kaum yang lain. Alangkah rugi jika yang menarik perhatian kita cumalah bangunan, buku dan teknologi mereka, sedangkan ia adalah peluang keemasan untuk kita memerhatikan satu umat yang serba-serbinya berbeza dengan kita rupa, bahasa, budaya dan kepercayaan. “ Kita bukan hanya membawa bendera Malaysia kemari, kita juga membawa bendera Islam ”
Buka mata dan minda untuk melihat nilai-nilai kemanusiaan mereka, identiti mereka, fahaman mereka dan akhlak mereka. Kemudian nilailah dan bandingkan pula dengan neraca Islam. Mudah mudahan kita mendapat petunjuk dan lebih menghargai ke istimewaan Islam yang Rasulullah s.a.w. wariskan ini. “Are you vegetarian?” tanya seorang kawan Norwegian ketika melihat penulis membeli sandwich keju dan sayur. Kalau malas untuk be rcakap, boleh sahaja menjawab “Yes.” Habis cerita. Namun, bukankah ini peluang dakwah yang hebat? Kita sebenarnya bukanlah tidak beli sandwich lain ke rana beriman dengan prinsip vegetarian, tetapi kerana kita beriman dengan prinsip islam - halal haramnya daging itu. Kenapa pakai tudung, kenapa solat, kenapa itu dan kenapa ini… banyak yang mereka tidak tahu tentang kita, dari sekecil-kecil hal seperti adab makan kita yang sentiasa dengan tangan kanan hinggalah kepada hal-hal yang besar seperti poligami. Mereka hanya belajar dari media. Alangkah rugi jika ada seorang muslim yang hidup dan berjalan di kalangan mereka, tetapi dia menyembunyikan ke istimewaan & kehebatan islam yang dimilikinya. Dia telah menjadi debunga yang mandul, tidak tumbuh, bahkan tidak mustahil untuk layu dan hanyut dibawa arus, hilang dan tenggelam. Justeru itu, pemuda-pemudi islam sekalian, bersedialah.
Jadilah seorang yang semakin dekat dikenali, semakin nampak kebaikannya, bukan pula seorang yang semakin dikenali, semakin nampak keburukannya. Contohilah Rasulullah yang akhlaknya seperti yang digambarkan para sahabat baginda dan isterinya Saidatina Aisyah; laksana “Al-Quran yang berjalan”. Tepati masa, tepati janji dan jagalah amanah. Kita pame rkan yang terbaik untuk islam. Dengan ini, kembara singkat kita di bumi Poland akan tidak putus-putus dari pahala, terpelihara dalam redha Allah Yang Maha Penyayang dan menjadi saham utk kejayaan kita di dunia, sekaligus kemenangan di akhirat. Semakin jauh pengembaraan, semakin kaya pengalaman, akan semakin bijaklah debunga itu untuk mencari saat dan tempat terbaik untuk menumbuh suburkan tanah-tanah gersang di sepanjang perjalanannya. Semoga Islam mekar kembali. InshaAllah.
p/s: debunga & pokok-pokok memang
Islam, juga tidak pernah berhenti
bertasbih. Manusia saja yang tidak.
Fikir-fikirkan..