Wednesday, October 21, 2009

DI MANA SINAR ITU?

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah masih diberi nikmat kesihatan, kelapangan dan pelbagai nikmat lain agar mampu mencoret sesuatu di sini.

Perantauan saya di sini membuatkan saya sedikit demi sedikit dapat melihat dan menilai rakyat di negara ini. Walaupun tidak banyak, tetapi saya rasa ianya satu bonus disamping pembelajaran saya di universiti.

Mungkin kerana inilah kerajaan kita tidak putus-putus menghantar pelajar ke luar negara pada setiap tahun. Bukan hanya untuk menikmati pemandangan di negara-negara tersebut tetapi mengambil segala yang terbaik untuk dijadikan contoh.



warsaw

Di sini saya sertakan sedikit maklumat tentang Poland sebelum saya menulis lebih panjang :

Poland terletetak di tengah2 benua eropah. Capital citynya ialah Warsaw.
Poland mendapat kemerdekaan pada 1918 dan wujd sebagai second republic, selepas tamatnya perang dunia pertama. Namun selepas itu Poland diduduki oleh Nazi dan Soviet union.
Pada 11 November 1989 Kerajaan Komunis Poland dijatuhkan dan wujudnya Poland sebagai Third Polish Republic. Poland menyertai European Union pada 1 May 2004.

Mungkin ada yang terfikir lebih baik kah negara seperti India, Poland, Czech Rep, Indonesia berbanding negara kita yang tercinta. Tidak saya nafikan wujudnya Pros and Cons di sini. Tetapi tak salah untuk kita melihat ke depan dan mengambil yang terbaik.



Photobucket


Pernah satu ketika seorang kawan saya Tertinggal jam berharga 500!! di toilet university selepas selesai mengambil wudhuk. Tak keruan jgak dibuatnya. Gerakan mencari setelah selesai solat, GAGAL MENJUMPAINYA!! Habis ceruk tandas kami teliti mencari JAM tersebut, mungkin terjatuh dimana-mana. Namun usaha kami tidak berhasil. Sebelum meninggalkan toilet, pintu toilet ditutup dengan rapi, Hah ade NOTA!! można odebrać zegarek z pokoju 100...bla2.. Rupanya ade nota yang ditinggalkan supaya kami menuntut Jam tersebut dari bilik 100. Nampak tak nilai disebalik kisah ni. Mengikut pengamatan saya kebanyakan orang-orang di sini mempunyai nilai Integriti yang sangat tinggi. Dibuktikan dari kisah di atas. Walaupun, tandas tersbut agak sibuk namun Jam yang tertinggal itu masih boleh ditemui.


Bukan itu sahaja, Seorang kawan saya juga pernah kehilangan TRAVELLERS CHECK BERJUMLAH kira2 4000EURO ..kalau2 diconvertkan kepada zloty berjumlah kira2 16000zloty...Namun Alhamdulillah, TRAVELLERS CHECK tersebut dipulangkan oleh seorang pelajar yang menjumpainya dan menelefon nombor yang terdapat pada TC tersbut. Jarang saya jumpai Orang-orang yang sangat tinggi keintegritiannya . Kalau lah berlaku di tempat lain ade kemungkinan untuk barang-barang tersbut tidak dijumpai semula adalah sangat tinggi. Betul rasenye. Tak percaya try .. =)

Orang-orang di sini juga mempunyai budi bahasa yang sangat tinggi. Bukan semua tapi still masih agak ramai. Setiap kali naik Metro, Tram atau bus ade saje yang akan sentiasa mengOFFERkan tempat dduk mereka bagi golongan WARGA EMAS dan wanita-wanita yang membawa anak kecil. Bukannya xpnah terjadi di negara sendiri, tetapi di sini macam lebih meluas. Kalau di tempat kita, ade mak cik2 yang naik Bus tiada tempat duduk, yang duduk mungkin akan buat2 tidur. REALITI..


Photobucket


Mereka di sini juga sangat menghargai masa, ramai yang mengisi masa lapang di atas METRO dengan MEMBACA BUKU. Tercabar juga bagi kami yang bergelar student MEdyk ini.


Di sini tiada MAT REMPIT, tak tau la, sejuk kot, takde SNATCH THIEF @ PERAGUT, tak jumpa lagi setakat ni. Seolah-olah negara kelahiran saya telah terlebih moden dibuktikan dengan budaya SKINHEAD, PUNK, SHUFFLE, HIP HOP dan mcm2 lagi.

Photobucket


Mengapa saya bangkitkan ini semua, bukan berniat untuk mengkritik. Sekadar menunjukkan realiti kita sekarang. Di mana nilai-nilai ISLAM yang sepatutnya rakyat kita miliki. Seolah-olah kita lebih teruk dari mereka yang bukan Islam. Mana mungkin kita dapat meng'PROMOSI' ISLAM jika kita sendiri tidak betul. Mana mungkin orang bukan ISLAM tertarik dengan ISLAM jika nilai2 buruk yang ditunjukkan oleh ORANG ISLAM.

Sepatutnya kita orang Islam lebih maju mindanya. Kalahkan MINDA KELAS PERTAMA BARAT yang diuar-uar dan dibanggakan. Kita sepatutnya maju untuk menunjukkan kepada mereka ISLAM adalah yang terbaik. ISLAM ITU SYUMUL. Lengkap dan Melengkapi.

Al-Baqarah:138

“Sibgah Allah” Siapa yang lebih baik sibgahya daripada Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah.

Sibgah Allah= celupan Allah=agama Allah

Sama-Sama kita islahkan diri kita. Berfikir dan Menuntas jalan agar kita, UMAT ISLAM akan menjadi CONTOH buat sekalian Manusia.


No comments: