Sunday, January 24, 2010

3 MENTERI NASIB BERBEZA


Photobucket

Pada suatu hari seorang raja memanggil tiga orang menterinya datang mengadap. Setelah ketiga-tiganya datang mengadap baginda perintahkan supaya diberi kepada setiap orang menterinya satu karung kosong dan perintahkan mereka agar mengisi karung tersebut dengan buah-buahan yang ada di taman istana sampai penuh. Esok mereka mesti pulangkan kepada baginda karung yang telah diisi seperti yang diperintahkan.

Salah seorang daripada menteri itu memilih dengan cermat dan berhati-hati buah-buahan yang elok-elok dan diisi ke dalam karungnya untuk dipersembahkan kepada raja.

Manakala menteri yang seorang lagi berfikir raja sebenarnya bukan hendakkan buah-buahan itu untuk dirinya. Maka dia mengutip dan mengisi buah-buahaan sehingga penuh karungnya dalam keadaan malas tanpa mengira buah yang elok atau sebaliknya.

Menteri yang ketiga pula berfikir raja bukan hendakkan buah-buahan itu dan baginda tidak akan tengok pun apa yang ada di dalam karung. Lalu dia mengutip dan memasukkan apa saja yang tercapai oleh tangannya; rumput rampai, daun-daun kering dan sebagainya sehingga penuh karung.

Keesokan harinya ketiga-tiga menteri itu datang mengadap dengan membawa karung masing-masing yang telah penuh berisi.

Dengan tidak semena-mena raja memerintahkan ketiga-tiganya dipenjarakan bersama karung masing-masing di dalam bilik kurungan yang berasingan di luar kota tanpa dibekalkan sebarang makanan dan minuman selama tiga bulan. Tidak ada siapapun yang dibenarkan datang melawat dan mengirim makanan atau minuman.

Bayangkan nasib mereka di dalam penjara masing-masing!!!

Menteri pertama tidak mengahadapi sebarang masalah. Dia dapat menikmati semua buah-buahan yang elok yang telah dipilihnya dengan penuh hati-hati.

Yang kedua agak perit kerana karungnya bercampur aduk antara buah yang elok dengan yang busuk. Dengan susah payah dia terpaksa memilih mana yang elok saja untuk mengisi perutnya.

Manakala yang ketiga, alangkah malang nasibnya. Karungnya hanya berisi daun-daun kering dan rumput rampai yang tidak boleh dimakan. Tidak sampai tiga bulan dia sudah mati kelaparan.

Demikian bandingan hidup kita. Dunia ini laksana sebuah taman yang penuh dengan pelbagai peluang untuk mengutip amal soleh untuk dibawa bekal ke akhirat nanti, untuk dibawa bekal ketika kita dipenjara di dalam kubur nanti. Amalan yang soleh itulah bekalan, teman, makanan dan cahaya yang menerangi kegelapan di sana nanti.

Maka adakah kita telah mengutip bekalan secukupnya untuk hari yang bakal tiba pada bila-bila masa sahaja?

Monday, January 18, 2010

DIA

Seminggu sekali dapat mendengar……seminggu sekali dapat tertawa bersama... Sungguh karakter dan personaliti yang agak berbeda dengan kumpulannya. Tertarik melihat pandangannya. Sentiasa menganggap kami mad’u nya….Yang terbaik, dia kerap kali mendengar pandangan dan buah fikiran orang lain. Tidak sama sekali menolak mentah-mentah. Tidak pernah mengarah atau memaksa. Melihat keadaan sebelum membuat keputusan…

Permulaan perkenalan adalah di jalanNya…. Dia datang dengan rendah diri memberi apa yang patut diberi setelah sekian lama hati-hati ini kering. Tatkala ini usiaku sudahpun meningkat dan untuk menerima pandangannya yang jauh lebih muda apatah lagi mengikutnya pasti sukar jika silap pendekatan…namun ter nyata dia datang membawa seribu erti. Mampu menukar haluan hidup………..

Pernah aku didatangi hati-hati yang ikhlas di waktu remaja….namun kaki-kaki yang kuberikan..sungguh darah muda tidak mudah untuk dikawal. Kalau bisa dikupas zaman silamku, mana mungkin mereka menyangka aku sudah di sini…aku juga terkejut aku sudah di sini..dan dia yang dikurniakan Allah untuk membawaku mendekatiNya. Allah yang memberi hidayah…. ….dan dia yang berusaha…

Kami di sini mendoakan hanya yang terbaik untuk dia.

"TSABBIT QULUBANA ALA DIINIK'

thank you Pictures, Images and Photos


Saturday, January 2, 2010

.:. Ribathul Ukhuwwah .:.

Salam'alayk kepada sahabat2 semua...

Moga ukhuwwah ini akan terus berkekalan keranaNya...


Mari bersama Perbaiki diri. Tingkatkan ukhuwwah, amal, kefahaman Islam kita. InsyaAllah, Islam akan bangkit semula dengan kesungguhan yang ditunjukkan...


Jazakumullah kpd ikhwah yang sungguh laju gerak kerja nya atas video ini...

Kepada sahabat2 seperjuangan di luar sana, marilah kita sama2 rapatkan saf antara kita...
Elakkan segala perasaan dan perlakuan yang mampu memalit kekotoran pada ikatan persaudaraan kita...
Jika ada yang terasa atau tersinggung, segeralah bermaaf-maafan dan kembali kepada Allah dengan bertaubat, berdoa kepadaNya
Moga-moga kita semua akan kembali bersatu dan berjuang atas nama satu akidah dengan hati yang bersih. ameen

Mari renung pesanan Uwaisal Qarni yang berbunyi :

Oleh kerana aku terlalu mengerjakan amar ma’ruf nahi mungkar aku kehilangan kawan. Biar hilang kawan kerana perjuangan, tetapi jangan hilang teman seperjuangan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur, baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Salam Perjuangan!