Thursday, February 24, 2011

dwadzieścia osiem

Dari Abi Najih al-Irbad bin Sariah radiyallahu anh katanya: Telah menasihati kami oleh Rasulullah S.A.W akan satu nasihat yang menggeletarkan hati daripadanya dan menitis air mata. Lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olahnya inilah nasihat yang terakhir, maka berilah kepada kami satu pesanan.

Rasulullah bersabda: Aku berwasiat (berpesan) kepada kamu dengan bertaqwa kepada Allah 'Azza wajalla dan mendengarkan serta taat, sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup daripada kamu, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Sebab itu, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah al-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mengetahui kebenaran serta mengikutinya, yang mendapat pimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah kamu dengan geraham gigi kamu.

Dan jauhilah oleh kamu akan perkara-perkara yang baharu diada-adakan. Kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi dari Abi Najih al-Irbad bin Sariah, seorang ahli al-sufah yang mendiami di masjid Madinah, dan terkenal sebagai seorang yang sangat rindu kepada Allah, hingga pernah berdoa; "Hai Tuhanku, aku telah tua, tulangku telah lemah. Bawalah aku kepada Engkau."

anda mahu pinggan mane?



 


Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam sebiji pinggan daripada kita.. 
Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Kita pun terus menyimpannya di dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak dicuci.. Pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya..

Peminjam ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah yang tidak bernilai lagi..

__._,_.___
Recent Activity:
.

__,_._,___

Wednesday, February 23, 2011

twenty seven

Dari Al-Nawwas bin Sim an radiyallahu'anh, sabda Rasulullah S.A.W; Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci di lihat oleh manusia kepadanya.

Riwayat Muslim


Kebaikan itu mudah; muka yang berseri-seri dan kalam yang lemah lembut,
Kebaikan itu sesama manusia... sekhusus keluarga...yang pasti ibu dan bapa..
Kebaikan itu..semestinya ke sekelian makhluk...

Keelokan itu ketaatan tertambat pada zahirnya..tertumpu pada batinnya.
Zahir terpenuh andai harta dibelanja atas redhaNya..menunaikan yang lima setiap hari..memenuhi janji..dan segala kesakitan kesusahan ditempuhi kesabaran.
Batin termeterai andai ada imanmu kepadaNya..kepada MalaikatNya..kepada kitab-kitab & rasul-rasulNya...

Dan andai ada getaran dalam hatimu,pastinya itu bukan ketenteraman...
Maka sebaliknya satu keraguan....
Bisikkanlah fatwa hatimu....nyatakan andai kau membenci....jauhkan..usah didekat..
agar ia tidak bergoncang..

Dan jangan sekali kau melupakan wasiat ini,

Andai ingin melakukan sesuatu, hati menjadi gelisah kerananya...janganlah diteruskan..kerana aku, sewaktu memakan buah kayu, hati telah bergoncang dan gelisah.....
Andai ingin mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahannya...kerana aku berbuat sedemikian...tentu tidak ku makan buah itu.
Andai ingin melakukan sesuatu, berundinglah dengan mereka yang tertentu..kerana andai aku berunding dengan malaikat, pasti tidak aku memakan buah itu......

Tuesday, February 22, 2011

15

Dari Abu Hurayrah radiyallahu 'anh; sabda Rasulullah S.A.W...Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.

Riwayat Bukhari & Muslim


1. Kerana lidah tertarung, meninggalnya pemuda,
Tertarung kaki tidak mengapa,
Kerana lidah hilanglah kepala,
Luka di kaki sembuh seketika....

2. Satu untukmu, kerna tiada sembahNya,
Andai kau membutuh dan kembali ke fitrah anbiya,
Maka dua untukmu pabila satu menjadi dua.
Dan hubungan darah memberi kau yang ketiga.....

3. Nah, belum 3 hari kau sudah melepaskannya,
Konon penat dan lelah dengan kurangnya masa,
Sedangkan kewajipan itu berbentuk pemberian,
Dan selebihnya adalah sedekah......