Thursday, February 24, 2011

dwadzieścia osiem

Dari Abi Najih al-Irbad bin Sariah radiyallahu anh katanya: Telah menasihati kami oleh Rasulullah S.A.W akan satu nasihat yang menggeletarkan hati daripadanya dan menitis air mata. Lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olahnya inilah nasihat yang terakhir, maka berilah kepada kami satu pesanan.

Rasulullah bersabda: Aku berwasiat (berpesan) kepada kamu dengan bertaqwa kepada Allah 'Azza wajalla dan mendengarkan serta taat, sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup daripada kamu, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Sebab itu, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah al-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mengetahui kebenaran serta mengikutinya, yang mendapat pimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah kamu dengan geraham gigi kamu.

Dan jauhilah oleh kamu akan perkara-perkara yang baharu diada-adakan. Kerana sesungguhnya tiap-tiap bidaah itu adalah sesat.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi dari Abi Najih al-Irbad bin Sariah, seorang ahli al-sufah yang mendiami di masjid Madinah, dan terkenal sebagai seorang yang sangat rindu kepada Allah, hingga pernah berdoa; "Hai Tuhanku, aku telah tua, tulangku telah lemah. Bawalah aku kepada Engkau."

No comments: