Monday, March 7, 2011
26
Dari Abu Hurayrah radiyallahu anh katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W: Tiap-tiap anggota daripada manusia sadaqah atasnya pada tiap-tiap hari terbit padanya matahari. Engkau berlaku adil antara dua orang yang berbalah-adalah menjadi sadaqah, dan engkau menolong lelaki yang berangkat naik ke atas binatangnya (kenderaannya) atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barangnya ke atasnya adalah menjadi sadaqah, dan perkataan yang baik itu sadaqah, dan tiap-tiap langkah yang engkau membuang bahaya dari jalan juga menjadi sadaqah. Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim.
Friday, March 4, 2011
zahid(bukan nama org) @zuhud
Zahid pada dunia..dikasihi Allah
Ulama Islam terutama dari golongan ahli tasawwuf telah lama memperkatakan pengertian & tafsiran zahid, banyak rumusan dan takrif yang bermacam-macam telah ditetapkan oleh mereka, antaranya:1. benci dunia dan berpaling daripadanya
2. meninggalkan kesenangan dunia kerana kesenangan akhirat
3. Kosong hati daripada suatu yang dikosong oleh tangan(yang tiada di tangan)
4. hindarkan duka atas yang tiada, dan menghilangkan gembira dengan yang ada-ada.
Agak susah nak faham perkara-perkara di atas, tetapi antara banyak2 takrifan ada satu yang dipersetujui ulama' dan ini dianggap takrifan yang paling best atau bagus.Takrif ini diberikan dalam dua pengertian oleh Ibn al-Qayyim.
Yang pertama;
Zahid itu adalah kosong hati dari dunia bukan kosong tangan daripadanya.
Yang kedua;
Zahid itu ialah kosong sama sekali dari suatu sama ada dari dunia mahupun dari syurga di akhirat kelak kecuali hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Tafsiran Imam Ghazali dari pengertian zahid iaitu" Bukanlah orang yang zahid itu orang yang tiada berharta. Tetapi orang yang zahid itu adalah orang yang tidak dibimbangkan oleh hartanya sekalipun harta seluruh alam ini kepunyaannya belaka."
Sayidina Ali pun pernah berkata berkaitan perkara ini iaitu;"Kalau seorang lelaki mengambil sekelian apa yang ada dipermukaan bumi ini dengan maksud semata-mata kerana Allah, maka bukan ia dari orang yang gemarkan dunia."
Hadith Rasulullah yang berkisar tentang zahid: " Bukanlah zahid pada dunia dengan mengharamkan yang halal dan tiada pula dengan mensia-siakan harta. Akan tetapi zahid padanya ialah engkau lebih percaya kepada apa yang ada di tangan Allah lebih daripada apa yang ada ditangan engkau sendiri, dan adalah hal engkau dalam masa kesusahan sama seperti hal engkau dalam masa tiada kesusahan, dan adalah pula orang yang memuji dan mencela engkau dalam kebenaran sama saja dalam bagi engkau."
Difahamkan dalam hadith ini zahid pada dunia terdapat 3 perkara; dan semua ini adalah dari amalan hati bukan dari amalan anggota.
1.Percaya kepada suatu yg ada pada Allah lebih daripada percaya kepada suatu yg ada pada diri sendiri. Kepercayaan yg timbul kerana kebenaran dan kekuatan kepada jaminan Allah dalam perkara pemberian rezeki dan kurnianNya yg banyak.
2.Gemar mendapat ganjaran dari kesusahan dunia kerana kehilangan harta benda atau keluarga atau lainnya, lebih daripada kegemaran mendapat kesukaan di kala tiada kesusahan tersebut. Kegemaran spt ini menurut Sayyidina Ali adalah kegemaran org yang zahid pada dunia. Barangsiapa zahid pada dunia, mudahlah baginya segala kesusahan yang menimpa ke atasnya.
3.Sama saja perasaan dan sikap seorang di kala dia dipuji mahu pun dia dicela kerana kebenaran yang dilakukannya. Dan ini adalah alamat zahid. Kerana orang yang membesarkan kemegahan dunia tentu memilih pujiaan dari celaan; dan selalu pula ditinggalkannya suatu yang benar yang tiada disukai orang kerana mengharapkan ketiadaan celaan itu.
1/2 drpd 62
Dari Abi al-Abbas Sahl bin Sa'd al-Saidiy radiyallahu anh katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi S.A.W lalu berkata; Ya Rasulullah! Tunjukkanlah kepada aku suatu amal yang apabila aku kerjakannya, dikasihi aku oleh Allah dan dikasihi aku oleh manusia. Kemudian Rasullulah berkata: Hendaklah zahid pada dunia, nescaya engkau dikasihi Allah; dan engkau zahid pada apa yang di sisi manusia, nescaya engkau dikasihi oleh manusia.
Hadith hasan, diriwayatkan Ibn Majah dan lainnya dengan sanad-sanad yang baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)