Saturday, March 21, 2009

ANTARA MAZHAB DAN SUNNAH

Assalamualaikum wbt.


Tujuan artikel ini ditulis bukan bermaksud nak membincangkan perkara furu' tapi setelah diambil kira peri perlunya. Yelah kalau dirujuk kembali kepada muwassafat tarbiyyah salah satunya ialah Mutsaqqafal fikri (fikiran yang berpengetahuan). Perlu jugak tahu pasal perkara ni =) katakanlah nanti kalau ada orang tanya dalil-dalil dan hukum pasal ni dan kita takleh nak jawap. So sape salah?



Pertama sekali biar saya kemukakan dahulu satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al Tirmidzi (hadis Hasan Sahih) yang bermaksud

Rasulullah SAW bersabda " sesungguhnya, sesiapa di antara kamu yang masih hidup melihat perselisihan yang banyak, maka menjadi kewajipan kalian berpegang teguh dengan SUNNAHKU dan SUNNAH KHULAFA' AL-RASYIDIN yang diberi petunjuk,Gigit (Peganglah) sunnah itu dengan gigi geraham kamu dan jauhilah segala perkara baru (dalam urusan agama) kerana setiap bidaah itu adalah sesat. "


Ok..sekarang masuk topik sebenar yang ingin saya kongsi, PERSOALAN TENTANG DOA QUNUT SUBUH telah lama dibincangkan muslimin dan muslimat. Wajib ke doa qunut ni?Harus ke?sunat ke? tak digalakkan ke? Jom kita sama-sama simpulkan nanti.

Sebagai Muslim dan i/Allah Daie kita mestilah mengetahui, meraikan dan menghormati mazhab yang dipegang dan diamalkan oleh majoriti umat Islam di suatu tempat atau negara.

Contohnya di Malaysia yang mengamalkan mazhab Syafie, membaca doa qunut dalam setiap subuh hukumnya sunat. Jika tertinggal kita perlu melakukan sujud sahwi. Namun begitu Imam Syafie sendiri tidak menegaskan bahawa apa yang dikatakannya menjadi satu amalan dan tuntutan wajib ke atas pengikutnya dan mestilah mengabaikan mazhab-mazhab yang lain.

Suatu ketika Imam Syafie pernah pergi ke kawasan Imam Hanafi dan menjadi imam, imam Syafie tidak membaca doa qunut. Apabila ditanya mengapa, imam Syafie lantas menjawab beliau menghormati tuan tempat ini (Imam Hanafi).Imam Syafie turut berkata apabila sahih hadis itu maka ia adalah mazhabku dan sekiranya hadis sahih berlaku khilaf dengan mazhabku, maka hadi Rasullulah lebih utama dari kata-kataku.

So kat sini clear kan sahabat-sahabat semua.Jelaslah bahawa qunut tu Sunat dan ianya juga adalah sunnah. Tapi kalau tak nak buat takde hal. Kalau buat dapat pahala i/Allah.

Islam adalah agama yang unik dan sesuai dengan fitrah manusia. Tidak ada sebarang percanggahan dalam Islam yang melibatkan persoalan utama (usul). Perbezaan pendapat kalangan mereka adalah dalam permasalahan-permasalahan cabang (furu') dan bukan dalam persoalan persoalan utama (usul).

Hal ini disebabkan perbezaan cara pemahaman sesuatu nas sama ada nas itu diambil dari al-Quran atau hadis Rasulullah SAW atau pernyataan para sahabat. Maka pandangan yang berbeza ini dinamakan khilaf ulama dalam persoalan-persoalan furu' dalam fiqh. Ia merupakan bukti kehebatan dan kepakaran mereka dalam menghasilkan hukum hakam berkaitan fiqh ibadah.

Wujudnya perbezaan pendapat dalam permasalahan fiqh ini memberikan peluang dan membantu kaum muslimin untuk merealisasikan sabda baginda SAW yang bermaksud,

"Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat-Ku solat".

Maksud perkataan 'melihat-Ku' dapat diketahui dengan merujuk kepada hadis baginda seperti yang diriwayatkan oleh para sahabat sewaktu mereka hidup bersama baginda dan melalui pendapat dan huraian para ulama mengenainya.

Para sahabat dan ulama terdahulu telah mencapai kematangan dalam memahami Islam, memperkenal dan memperkukuhkan ajaran Islam, sentiasa meningkatkan kefahaman mereka berkenaan persoalan fiqh dan ilmu-ilmu lain dalam Islam. Ia demi kepentingan ummah sehingga berjaya menghasilkan tamadun yang cukup dinamik dan dibanggakan oleh umat islam seluruhnya.

Wajib bagi umat Islam untuk mengambil dan mengikuti dalil-dalil yang sahih dari sifat solat baginda SAW dan tidak fanatik dan obses kepada mazhab tertentu.

Kesimpulannya persoalan qunut ini merupakan persoalan cabang dan tidak perlu diperbesar dan dimusykilkan. Ia hanya akan mengakibatkan keresahan dan kesukaran kepada saudara Islam yang baru untuk lebih mengenali ajaran Islam sehingga menganggap agama Islam itu sebagai sebuah agama yang menyusahkan.

Pertikaian dalam perkara furu' akan mengakibatkan muncul pengikut yang fanatik mazhab secara membabi buta tanpa menghalusi dan memahami kehendak dan perintah Allah SWT serta baginda SAW.

Sebagai seorang muslim kita perlu kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dan jauhkan dari sifat ingin memenangkan diri.

Firman Allah yang bermaksud, Jika kamu semua berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul. (an-Nisa': 59).

Selain itu tidak mencela pandangan atau ijtihad ulama lain dalam permasalahan ijtihaadiyyah. Kita dilarang menghina atau merendahkan pandangan mana-mana pinak selagi ia masih berada dalam lingkungan permasalahan yang boleh diperselisihkan oleh syarak iaitu perkara-perkara cabang atau yang tidak muktamad.

Seorang muslim perlu menghormati pandangan ulama yang berbeza pandangan dengannya dalam masalah cabang dan mengambil pandangan yang kuat dan menjauhi sifat taksub (fanatik).

Sebagai penutup saya petik ungkapan Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Sahwatul Islamiah berkata, "Para pendakwah dan pengamal Islam mestilah menjadikan matlamat mereka kepada kesatuan, keserasian, mengumpulkan hati-hati mereka dan merapatkan barisan mereka. Mereka mesti menjauhkan diri dari perbezaan dan perpecahan serta semua perkara yang memecah-belahkan jemaah dan merosakkan kesatuan yang terdiri dari permusuhan yang zahir mahupun kebencian yang batin.

"Juga semua perkara yang membawa kepada kerosakan hubungan sesama sendiri yang hanya akan melemahkan umat. Tiada yang setaraf dengan agama Islam dalam mengajak kepada persaudaraan.

" Persaudaraan ini nampak jelas dengan kesatuan, keserasian dan saling tolong-menolong. Agama Islam juga unggul dalam melarang daripada perpecahan, perselisihan dan permusuhan. Semuanya termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah".


O06-SIXREYES-

No comments: