Sunday, March 15, 2009
siFaT2 Yg inGIn DicApAI...
Wahai saudara2 sekalian.., Pernahkah terlintas di fikiran saudara ttg mengapa kita dilahirkan ke dunia ini? Adakh utk kite buat duit semate-mate or jst kita hidup, lead a normal life pastu mati? Pastinye Allah telah menyediakan tugas2 kpd hambe2 nye. Mugkin ade yang lebih memahami aspect ini drpd ana tp artikel ini hanyalah utk peringatan shj…
Firman Allah dalam surah al-Ashr ayat 1 hingga 3 yang bermaksud: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran".
Sesungguhnye manusia yang dilahirkan ke muka bumi ini telah ditugaskan dengan tiga tanggungjawab oleh Allah SWT iaitu sebagai:
a) Khalifah (2:30)
b) Da’ei (12:108)
c) ‘abid (51:56)
Artikel kali ni ana nk amik dari aspect seorng da’ei Muslim.Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:
1) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak yg ingin kite capai ialah akhlak Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw.
Imam Al-Banna tlh memberi bbrpe garis panduan dalam akhlak seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benr dlm kate2 n perbuatn, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.
2) Kuat tubuh badan (Qawiyul Jismi)
Dakwah itu sndri adlh tugas yg berat n susah. So, pastinye da’ei memerlukn kekuatn fizikal n mentally . Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya: "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan." Maka kite haruslh menjage kesihatn diri, sentiase beriadah dan pastinye mejauhi drpd memakan makanan or minuman yg boleh merosakkan bdn.
3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie juge kne byk pengetahuan ttg Islam khususnye dan juge pengetahuan am agar mudah kite nk berkomunikasi tetapi ianya perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Dalam nk bawe Islam ini, kite kne byk ilmu utk menyakal ideology2 yg sesat dan menentang Islam.
Pesan Imam Banna: "Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Selain itu, da’ie juge boleh membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, selalu mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, kene keje jgk. Kite jgk x bleh terlalu mengejr pangkat dlm mne2 organisasi. In certain cases, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, kite kenelah buat keje dgn baek dn semata2 krn keredaan Allah (ihsan). Financially, kite kene menjauhi riba, menyimpan untuk waktu kesusahan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan pastikan setiap sen yg diterime tidak jatu ke tgn musuh2 Islam sebaliknye utk pembangunan Islam itu sendri.
5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie mestila tekad bhw Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Kesimpulannye, jgelah kebersihan hati, bertaubatlah, istighfar, menjauhi dosa dan jge syubhat.
6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie harus buat ibadat yg dapt meniggikan iman n jiwenye, kne blajar membetulkn amalan nye dan tau halal or haram sesuatu perkara dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.
7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Sebagai da’ie kite juge perlu azam yg kuat utk melawn hawa nafsu kite dan mengikut kehendak Islam. Kite jge perlu kental dari bisikan2 luar dlm mempraktikkn Islam yg sebenarnye. Ingatlah bahawe hidup sebagai da’ei bukan lah satu jln yg mudah dan kite harusla bersedia menempuhnye.
8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Kite jge kene ingat bhw mase 2 adlah pedng dan lebih mahal dari emas krn mase itu x blh diputarkan kembali. Kalo kite tgk zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Nak manfaatkan waktu yg baek mestilah kne ade pengurusan terancang dlm segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie ni plak umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah ignition kpd enjin dakwah dan jge Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah menyelamatkn ummah dari kesesatan untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa gembire dalam membatu org laen dan tidak mengharapkn balasan ats ape yg dilakukan. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.
Ini hanyalh huraian ringkas ttg sifat2 seorng da'ei yg ana cube sampaikn. InsyaAllah akn ade artikel2 yg akn huraikan lebih lanjut lg ttg muwassafat tarbiyah ini. Sesungguhnye sifat ini boleh dipraktikkn oleh sume orng.
Bukan da'ei je kne ade sifat2 ni tp sume umat Islam seharusnye mempunyai kesedaran utk mencapai sifat2 ini.
Pastinye sifat2 ini dapat mendekatkn kite dgn matlamat kite iaitu mencapai keredhaan Allah SWT.
003-SIXREYES
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Post a Comment