Bismillahirrahmanirrahim
Sejak kawin ni banyak pulak perkara yang nak dipikirkan. Kena pikir masalah ummat, pikir mak bapak, mertua, keluarga sana, keluarga sini, budak nakal itu..budak nakal ini....last2 skali terpikir nak ada baby. Rindu betul kat anak2 buah yang comel...teringin sungguh nak ada baby sendiri. Ada sorang anak buah nama dia Nasra, agak pelat.... dia selalu bahasakan diri dia sebagai Atta...pelat punya pasal dia panggil sorang lagi anak buah yang nama dia Sofia sebagai Tutta.... jadi kalau dia gabungkan diri dia dan anak buah yang sorang lagi punya nama jadilah ATTATUTTA. sekali macam Attantuya pulak bunyinya.
Berbalik pasal isu nak baby. Ikutkan hati sungguh2 teringin nak ade baby....tapi mungkin keadaan tak mengizinkan buat masa ini. Isteri saya pelajar tahun 3 perubatan. Ada lagi 3 tahun untuk dia graduate. Insyaallah kalau tiada apa aral dia akan menamatkan pengajian dalam 3 tahun lagi. Untuk itu saya berfikir. Kalaulah dia pregnant sekarang, tak ke susah untuk dia menggendong anak kami dalam perot dia ke sana dan ke sini sebagai student. Mungkin silap haribulan dia terpaksa extend study dia di sini. Ishhhh sungguh saya rasa agak kejam untuk memperlakukan sebegitu. Hak dia untuk menamatkan pengajian...dan hak dia untuk tidak menambah tahun pengajian...hak dia untuk mendidik anak-anak (kalau dah beranak, anak mesti hantar kat mak bapak kat Malaysia). Saya tidak mahu menzalimi isteri. Untuk itu perlulah ada perancangan yang baik. Tapi sebaik baik perancangan, perancangan Allah yang paling baik. Jadi andai kata sudah tersurat untuk dapat baby sebelum tamat pengajian, redha jee laa.
Jadi bila kengkawan saya bertanya; Hai...bile nak dapat baby nih?...Saya akan tersengih lebar dan menunjukkan kedua gigi hadapan saya yang agak jongos. Untuk saudara-saudara yang dikasihi, fikir-fikirkanlah isteri anda. Sanggupkah anda melihat kesengsaraan mereka ketika mana mereka perlu menyebarkan risalah dan study dan bersusah payah mengusung anak di dalam kandungan. Kesiankan.........
Untuk saudara-saudara yang dikasihi juga, sekiranya anda terpaksa berjauhan dengan isteri anda nanti, kurang-kurangkanlah tahap kecemburuan anda. Anda perlu cemburu tapi tidak berlebih-lebihan kerana sekiranya berlebih-lebihan akan menghilangkan kepercayaan. Kalau ada yang terlalu cemburu sebelum berkahwin pun susah jugak...... jadi janganlah jealous melampau. Bagi kepercayaan pada isteri....
Sekian.
No comments:
Post a Comment