Wednesday, November 3, 2010

Manipulasi..dakwah @ dakyah

Bismillahirrahmannirrahim

Berbicara tentang manipulasi....apa yang dimaksudkan dengan manipulasi...sesetengah berpendapat apabila sesuatu perkara yang sepatutnya berlaku pada fitrahnya diubah dan digarap menjadi perkara yang lain demi mencapai objektif tertentu....ini mungkin. Maaf, penulis kurang ilmu bahasa. Ini sekadar pendapat sesetengah pihak. Mungkin ada benarnya.

Manipulasi apabila jatuh ke tangan-tangan yang korup, ini mungkin membawa ke arah kebinasaan. Tetapi sekiranya digarap dan diolah demi membawa kebenaran dan selagi ianya tidak melangkaui hukum Allah...maka mengapa ianya tidak dibolehkan?. Contoh....sekiranya A bertindak begitu begini dan jelas membawa kebaikan...kita sebagai manusia pantas memandang dari sudut negatif. Ntah....benarkah kita???

Apabila A melakukan sebegitu dan sebegini, petah kita menunding dia adalah sebaliknya...dia menginginkan kuasa, menginginkan kedudukan..mahu dihormati...Ntah...dimanakah husnuzon yang kita uar-uarkan?. Ingat sahabat dan ingat saudaraku...tiada cantas mencantas dalam usaha ini. Selagi ianya membawa kepada usaha ini, maka mengapa harus dihalang, mengapa harus direndah-rendahkan...Namun begitu sekiranya benar manipulasi itu condong ke arah kemudaratan, maka tiada salahnya untuk mencantas.. Dan pabila manipulasi itu mempunyai objektif persendirian dan berkepentingan untuk diri sendiri maka itu digelar korupsi. Cerminkan diriku dan dirimu. Adakah kita yang disebut-sebut....


No comments: